Thursday, January 10, 2013

cekalkan HATI !!!


Hari neh hari jumaat last la kat FS ni. Jumaat depan kalau panjang umur,aku kat umah la.
Banyak pengalaman dapat.
Tak kira la dari segi work learning stage or communication

** yang aku perasan,aku sangat senang percaya kat orang.mudah. >>> kena ubah sikit la level senang neh.kepada tengah-tengah.tak pun kepada 70%.
Kawan aku penah describe aku dengan one word : naïve. Hukhukhuk

Dan pesanan sebelum aku melangkah ke dunia baru; kerja.

Kak sha kata “pi nanti cari port tuk nanges.in case tak tahan dengan pressure, pi kat port tu nanges puas2 then resume keja balik” nice pesanan neh.konpem awal-awal kat sana aku survey siap-siap.

Sari kata “awal-awal neh bawak roti.takut satgi hang tak dak geng nak makan lagi.p lepak surau pun xpa.pesanan terakhir, kalau hang nak nanges,jangan nanges kat pagar kilang.balik umah,call aku pastu nanges” totally expertise babysitter aku neh.memahami.

Nadia pulak kata “masa masuk tu memang pressure.sebab kita baru kat situ.so learn to adapt ngan segala-galanya.as in environment,people.”

Ang pulak kata “ni adalah turning point of ur career.1st work is everything.but make sure if u think u are in the right side,stand for urself.dont let others take advantage on ur situation.” A good reminder for me.will do that,ang. Thanks for always helping me whenever I did not know anything at that time.or most of the time blurrrrr.

Shukur pesan “hidup kat kilang,apa yang orang kata or cakap terima.lepas tu,yang baek amek simpan.yang bukan-bukan lupakan ja.” >>> ni totally susah.sebab aku jenis ingat pastu susah lupa.ha acane nak buat tu.benda yang orang kata 2 3 tahun lepas pun aku ingat lagi.

Pesanan dari my most beloved man yang sampai bila aku ingat “kalau orang bawa mulut,or cakap apa-apa.tapi benda tu tak betul biarkan.dorang berdosa sebab fitnah.kita kalau hidup nak dengar pendapat orang memang mati la.tapi biarkan la.setiap orang ada pendapat masing-masing.tak semestinya sama dengan kita.dan ingat,kawan pun ada banyak level.cari yang betul-betul jujur.jangan cari yang nak amek kesempatan.”

Pehh panjangnya aku meraban.neway ni memang tengah goyang kaki sambil pusing kerusi.seminggu sehari dah aku tak berapa ada kerja or in another word takda kerja.bos aku kata enjoy ur last week training here.

Conclusion yang aku buat,cekalkan HATI.

No comments:

Post a Comment